Thursday 17 January 2013

Mengimbau Memori Suka Duka 2012

Perjalanan Perjuangan Peringkat Zon G (MIRI)



Alhamdulillah, pada peringkat Zon G Miri ini... SAINSri telah diberikan kemudahan apabila tidak bertembung dengan musuh tradisi SMK MARUDI pada pusingan awal... Pada pusingan pertama kelayakan, SAINSri telah ditakdirkan untuk bertarung dengan pasukan bahas dari KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG dengan membincangkan isu kokurikulum dan kemasukan ke universiti. Dan akhirnya peringkat ini dimenangi SAINSri. 
Seterusnya kami ditakdirkan bertembung dengan pasukan dari SMK BAKONG. Namun, khabar gembiranya pasukan lawan menarik diri saat2 akhir dan kami telah menang tanpa bertanding.

 Akhirnya, kami sampai ke peringkat separuh akhir dan berjumpa dengan pasukan bahas SMK TELANG USAN dan kami membincangkan isu sains dan teknologi serta kesannya terhadap manusia. Kemenangan di peringkat ini membawa kami berjumpa dengan musuh tradisi yang boleh dikatakan kami geruni tapi mereka belum tahu bisanya SAINSri. iaitu pasukan SMK MARUDI>



Secara jujurnya, saya berasa sedikit gementar apabila bertembung dengan pasukan ini. Bayangkan mereka merampas kejuaraan dari SAINSri sejak 7 tahun yang lalu dan harapan yang tinggi telah diberikan kepada kami melalui usul
KESTABILAN EKONOMI PENENTU KESTABILAN POLITIK SESEBUAH NEGARA.


Selaku pihak Pembangkang memang cukup sukar pada awalnya kami mencari idea bagi menangkis hujah2 SMK MARUDI. Namun, setelah berusaha dengan payahnya akhirnya setelah 7 tahun kemenangan menjadi milik SMK MARUDI akhirnya SAINSri berjaya merampas kembali.. Benarlah 7 TAHUN MENYEPI KINI KEMBALI

WAJAH2 KECERIAAN SETELAH KEMENANGAN>>>