Thursday 17 January 2013

Mengimbau Memori Suka Duka 2012

Perjalanan Perjuangan Peringkat Zon G (MIRI)



Alhamdulillah, pada peringkat Zon G Miri ini... SAINSri telah diberikan kemudahan apabila tidak bertembung dengan musuh tradisi SMK MARUDI pada pusingan awal... Pada pusingan pertama kelayakan, SAINSri telah ditakdirkan untuk bertarung dengan pasukan bahas dari KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG dengan membincangkan isu kokurikulum dan kemasukan ke universiti. Dan akhirnya peringkat ini dimenangi SAINSri. 
Seterusnya kami ditakdirkan bertembung dengan pasukan dari SMK BAKONG. Namun, khabar gembiranya pasukan lawan menarik diri saat2 akhir dan kami telah menang tanpa bertanding.

 Akhirnya, kami sampai ke peringkat separuh akhir dan berjumpa dengan pasukan bahas SMK TELANG USAN dan kami membincangkan isu sains dan teknologi serta kesannya terhadap manusia. Kemenangan di peringkat ini membawa kami berjumpa dengan musuh tradisi yang boleh dikatakan kami geruni tapi mereka belum tahu bisanya SAINSri. iaitu pasukan SMK MARUDI>



Secara jujurnya, saya berasa sedikit gementar apabila bertembung dengan pasukan ini. Bayangkan mereka merampas kejuaraan dari SAINSri sejak 7 tahun yang lalu dan harapan yang tinggi telah diberikan kepada kami melalui usul
KESTABILAN EKONOMI PENENTU KESTABILAN POLITIK SESEBUAH NEGARA.


Selaku pihak Pembangkang memang cukup sukar pada awalnya kami mencari idea bagi menangkis hujah2 SMK MARUDI. Namun, setelah berusaha dengan payahnya akhirnya setelah 7 tahun kemenangan menjadi milik SMK MARUDI akhirnya SAINSri berjaya merampas kembali.. Benarlah 7 TAHUN MENYEPI KINI KEMBALI

WAJAH2 KECERIAAN SETELAH KEMENANGAN>>>









2 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,

    Akhirnya, ada juga wadah untuk berhubung dengan adik-adik pembahas SM Sains Miri. Tahniah atas kejayaan merangkul kejuaraan PKM 2012.

    Saya merupakan salah seorang pembahas SM Sains Miri (PKM 1996, PPM 1996-1997). Saya juga adalah anak jati Miri, kampung saya di sana. Banyak kenangan di sana yang berjaya membentuk diri saya hingga kini.

    Sesekali terlintas juga di hati untuk kembali berbakti ke SM Sains Miri untuk berkongsi ilmu yang sedikit cuma ini dengan generasi baru pembahas di sana, namun masih belum ada kesempatan.

    Selamat berkenalan. InsyaAllah, bolehlah bersua nanti di SM Sains Selangor untuk HKSBP ke-40 pada bulan Mei 2013 kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalamualaikum w.b.t

      Selamat berkenalan juga cikgu..... Alhamdulillah semakin bertambahlah alumni penbahas yang kami kenal.... Terima kasih atas ucapan tahniah cikgu.... Akhirnya penat lelah kami pun terbayar cikgu...

      Pada zaman cikgu juga bahas sainsri ni kuat kan??? Maknanya, bolehlah junior2 saya nanti memohon bantuan untuk pertandingan bahas yang akan datang kan?? kerana saya telah melihat undian kumpulan HKSBP 40 dan ternyata kami ditakdirkan bertembung dengan SSP.....

      Jadi, kami berharap agar dapatlah cikgu memberi sedikit perkongsian ilmu....
      Terima Kasih Cikgu.. :)

      Delete